Cikgu Danny Rachel merupakan seorang guru bahasa dan juga guru pemulihan. Beliau mempunyai pengalaman mengajar selama 10 tahun di sekolah luar bandar. Beliau tidak berminat dengan teknik pembelajaran yang mengfokuskan kepada bacaan buku teks sahaja. Gemar mengadakan sesi perbincangan dalam kelas dan perbincangan dalam kumpulan. Strategi campuran dalam kumpulan diamalkan iaitu mesti ada murid pandai dan kurang pandai. Setiap murid mempunyai tugas sendiri. Murid pandai ditugaskan untuk memberi pandangan manakala murid kurang pandai ditugaskan untuk menulis dengan bimbingan murid lain.
Selain mengajar, beliau juga gemar aktiviti luar seperti menonton filem terkini, mendengar pelbagai jenis muzik dan aktiviti lasak seperti wall climbing dan hiking. Gemar dengan alam semula jadi dan pernah menawan beberapa kawasan yang menarik seperti gunung, bukit dan air terjun. Pernah menjadi peserta Malaysia Book Of Record pada tahun 2017 dalam acara Berhammocking Terbanyak yang bertempat di kawasan bersejarah Rentap - Bukit Sadok, Betong.
Aktif dalam aktiviti masyarakat seperti WWF dan pernah menjadi sukarelawan SUKMA pada tahun 2016. Selain itu juga, beliau pernah membentang Perkongsian Amalan Terbaik Daerah dalam Program Biar Sampai Ke Bintang. Program tersebut berjaya melonjak prestasi sekolah dalam LINUS yang mana ia mampu mengatasi murid yang tidak menguasai 3M. Selain itu juga, beliau sering membawa fasilinus dalam aktiviti-aktiviti daerah.