Program Eksplorasi LINUS2.0 merupakan sebuah program akademik anjuran fasilinus PPD Lundu, guru pemulihan NKRA dan guru pemulihan. Murid-murid dari 3 buah sekolah iaitu SK Sematan, SK Pueh dan SK Sebat telah dipilih untuk mengikuti program ini. Murid-murid terdiri daripada murid-murid yang tidak menguasai konstruk 3 - konstruk 12 Numerasi dalam saringan 2/ 2017. Misi utama program ini ialah belajar sambil bermain. Antara topik yang ditekankan ialah wang, empat asas operasi serta hari dan waktu. Selain itu juga, guru-guru pemulihan dan guru linus juga diberi pendedahan tentang aktiviti-aktiviti yang sesuai dalam pdpc.
Lokasi: SK Sematan, Sematan
0 Comments
Program Biar Sampai Ke Bintang merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh guru pemulihan dan guru pra sekolah SK Selampit dengan kerjasama ibu bapa. Tujuan program ini diadakan bagi mengatasi masalah 3M (menulis, membaca dan mengira) dalam kalangan murid-murid pra sekolah dan pemulihan. Program ini diadakan pada setiap hari Isnin dan Selasa pada pukul 11:15 pagi sehingga 12:00 tengah hari. Ibu bapa bertindak sebagai fasilitator kepada anak-anak semasa membuat latihan. Mana-mana ibu bapa yang tiada kemahiran 3M akan dibimbing oleh guru.
Lokasi: SK Selampit, Lundu |