Elemen Dalam e-Portfolio Banyak elemen yang terdapat dalam e-Portfolio. Elemen tersebut termasuklah audio yang menarik dan visual yang hebat. Antara aplikasi-aplikasi yang boleh dimasukkan dalam e-Portfolio ialah padlet, koleksi video dari Youtube, aplikasi screencast-o-matic dan Ms PowerPoint serta coggle. Kesemua elemen ini mampu menarik minat murid-murid untuk memperolehi ilmu.
Berdasarkan beberapa kajian, pembelajaran menggunakan teknologi mampu menjadikan murid-murid menjadi aktif dan sekali gus merangsang pemikiran murid. Oleh itu, elemen-elemen ini mampu membentuk murid-murid ke arah pemikiran kreatif dan kritis.
Google Form Google Form merupakan satu aplikasi soal selidik yang mudah digunakan. Kita hanya perlu mempunyai akaun google untuk menggunakan aplikasi ini. Ia mudah kerana kita tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk mengumpul maklumat. Berbanding dengan borang soal selidik manual, kita dapat menjimatkan masa untuk memperolehi maklumat yang dikehendaki. Malah, kita juga boleh memaksimumkan jarak lokasi. Sebagai contoh, saya memerlukan maklumat murid-murid buta huruf di Miri tetapi saya berada di Kuching. Saya hanya perlu menghasilkan instrument soal selidik melalui aplikasi Google Form dan saya akan menghebahkannya melalui blog atau whatsapp. Dalam masa yang singkat, saya mampu memperolehi maklumat yang dikehendaki.
Selain itu, selepas mempelajari penggunaan Google Form, saya telah membantu fasilinus Lundu untuk mengumpul maklumat profil peserta Lundu dengan mudah.