Dr. Fariza telah memperkenalkan beberapa aplikasi untuk mencari bahan-bahan penyelidikan seperti Academia, ResearchGate dan beberapa lagi. Perisian ini sangat membantu saya semasa menyediakan beberapa tugasan kerana saya mampu memperolehi artikel daripada dalam dan luar negara. Pada pandangan saya, Academia dan ResearchGate amat mudah digunakan kerana banyak artikel boleh diperolehi secara percuma. Tidak seperti Scribd yang memerlukan pembayaran untuk mendapatkan artikel yang dimuatnaik. Selain itu, aplikasi Academia dan ResearchGate memberi peluang kepada saya untuk mengenal pasti kajian-kajian yang pernah dibuat oleh pengkaji lepas dari dalam dan luar negara. Oleh itu, mudah bagi saya untuk tidak mengulangi tajuk kajian yang sama agar kajian tersebut tidak sia-sia. Malah, bagi menguatkan kajian saya, saya telah mengaplikasikan kajian-kajian lepas ke dalam kajian saya.