System Approach Terdapat tiga elemen dalam pendekatan ini iaitu software, hardware dan system. Ketiga-tiga elemen ini penting dan saling bergantung antara satu sama lain untuk mencapai matlamat dan objektif salam sistem pendidikan. Software terdiri daripada windows, aplikasi, microsoft dan lain-lain. Manakala, hardware pula terdiri daripada LCD, projektor, pembesar suara dan lain-lain. Ketiga-tiga elemen ini perlu ada bagi menjadikan pdpc ke arah pembelajaran abad ke-21 (PAK 21).
PAK 21 melibatkan 4C iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritikal dan kreativiti. Murid-murid perlu disediakan bagi menghadapi Revolusi Industri Ke-4 (4IR). Oleh itu, kita mampu melahirkan bakal-bakal generasi yang berdaya saing serta mampu mencipta teknologi berdasarkan keperluan negara.
ADDIE Model ADDIE merupakan akronim bagi A (Analysis / Analisis), D (Design / Reka bentuk), D (Development / Pembangunan), I (Implementation / Pelaksanaan) dan E (Evaluation / Penilaian). Model ini menekankan kepada kaedah untuk mewujudkan pengalaman pembelajaran murid-murid yang boleh meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam sesuatu perkara. Seorang guru perlu tahu tahap penguasaan dan potensi murid-muridnya. Oleh itu, mudah bagi seorang guru mewujudkan suasana pembelajaran secara kolaboratif dan koperatif. Sebagai contoh, murid-murid menjalankan eksperimen terhadap aiskrim. Murid-murid perlu mengetahui dan memahami mengapa aiskrim membeku dan mencair. Berdasarkan eksperimen tersebut, murid-murid mampu memberi pendapat dan hujah melalui pengalaman yang dilalui.
Coogle Coogle merupakan aplikasi peta minda. Peta minda merupakan salah satu komponen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). KBAT menggalakkan murid-murid berfikir secara meluas berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Melalui Coogle, murid-murid boleh mencirikan sesuatu idea dengan mudah dan jelas. Malah, murid-murid boleh menambah elemen seperti gambar dan video. Terdapat beberapa aplikasi yang diperkenalkan oleh kementerian seperti I-Think. Walau bagaimanapun, aplikasi I-Think adalah rumit berbanding Coogle kerana murid-murid perlu mempelajar 8 jenis peta pemikiran. Coogle mesra pengguna dan murid-murid juga mudah memahami peta minda Coogle berbanding peta minda I-Think.