Learning Theories Terdapat 4 teori pembelajaran iaitu Teori Pembelajaran Kognitif, Teori Pembelajaran Tingkah Laku, Teori Pembelajaran Connectivism dan Teori Pembelajaran Konstruktivisme.
Teori Pembelajaran Kognitif ialah proses pembelajaran yang melibatkan kognitif. Ia merupakan proses pemikiran. Kaedah kolaboratif dan koperatif penting dalam pdpc kerana ia menggalakan murid-murid sentiasa berfikir. Selain itu juga, perkembangan kognitif kanak-kanank berlaku secara berperingkat. Sebagai seorang guru, kita perlu memahami keupayaan murid-murid dalam bilik darjah. Soalan perlu sesuai dengan aras penguasaan murid-murid. Sebagai contoh, set soalan semasa pdpc akan disediakan berdasarkan araas penguasaan murid. Saya akan membezakan jenis soalan tetapi masih pada topik yang dipelajari. Saya juga tidak memaksa murid lemah untuk membina satu karangan yang lengkap. Mereka hanya membuat satu perenggan dahulu sehingga mereka mampu menulis satu karangan penuh. Murid yang pandai sahaja wajib menulis satu karangan penuh.
Teori Pembelajaran Tingkah Laku menumpukan kepada tingkah laku manusia. Tingkah laku manusia boleh dilihat dan diukur. Ia juga menekankan kepada peneguhan (reinforcement) iaitu ganjaran boleh mempengaruhi tingkah laku manusia. Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai jenis ganjaran seperti pujian atau dalam bentuk barangan. Berdaarkan pengalaman saya, saya telah mengaplikasikan sistem ganjaran dalam bilik darjah. Ia dipanggil sebagai "Reward Card". Setiap murid dibekalkan dengan "Reward Card". Jika murid berjaya menyiapkan kerja rumah dengan betul (tiada kesalahan) dan kemas, murid tersebut layak mendapat cap. Cap tersebut meati dikumpulan sehingga 10 cap dan murid akan mendapat hadiah. Selain itu, saya sering menggalakkan murid berkongsi pendapat dan memberi pujian pada setiap pendapat. Murid lemah juga amat digalakkan untuk bercakap.
Teori Pembelajaran Connectivism adalah proses pembelajaran yang menggunakan teknologi. Pengajaran dan pemudahcara (pdpc) yang menggunakan teknologi boleh menarik minat murid-murid untuk mengikut sesi pembelajaran yang aktif. Berdasarkan teori ini, kaedah kolaboratif dan koperatif boleh digunapakai sejajar dengan kepentingan pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Teori ini juga menolak kaedah pembelajaran tradisional. Sebagai contoh, penggunaan MS PowerPoint, Powtoon dan Prenzi boleh menggantikan penerangan guru kerana unsur-unsur baharu mampu menggalakkan murid-murid untuk menumpukan sepenuh perhatian dalam pdpc. Kaedah ini juga mampu memotivasikan murid-murid dam menggalakkan murid-murid mengambil bahagian dalam sesi perbincangan.
Teori Pembelajaran Konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat murid-murid yang bertindak untuk membina pengetahuan dan bukannya penerima pengetahuan. Murid-murid akan membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkannya dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada dan bukan menerima bulat-bulat pengetahuan tersebut.
Saya berpendapat bahawa setiap teori pembelajaran di atas perlu diserapkan dalam pdpc bagi melaksana PAK21 yang baik. Setiap teori yang dikemukakan memberi implikasi yang positif ke arah pendidikan berkelas dunia. Selain itu, sebagai seorang guru, kekurangan bahan bukan alasan untuk tidak menjadi kreatif dalam pdpc. Kita perlu fleksibel dan pandai untuk memaksimumkan benda-benda yang ada disekeliling kita.
e-Portfolio (Weebly) e-Portfolio merupakan satu platfom kepada pengguna internet untuk berkongsi maklumat personal, bahan-bahan dan perkara-perkara yang diingini. e-Portfolio ini sangat berguna dan boleh diaplikasi dalam pengajaran di luar bilik darjah. Guru hanya memuat naik bahan-bahan dalam blog dan murid-murid atau pengguna boleh memuat turun bahan tersebut sebagai sumber pembelajaran. Selain itu juga, ia merupakan satu platform yang mana pembelajaran secara kolaboratif berlangsung. Guru boleh menggunakan aplikasi padlet dan dimuatkan ke dalam weebly. Oleh itu, murid-murid dan guru boleh berkomunikasi tanpa secara bersemuka. Semua murid bebas memberikan pandangan berdasarkan tajuk perbincangan.
Malah, melalui e-Portfolio, guru juga boleh berkongsi segala aktiviti-aktiviti bergambar atau video untuk berkongsian bersama. Ia boleh menjadi sumber rujukan ibu bapa untuk mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak. Ini akan menggalakkan ibu bapa untuk turut serta dalam proses pembelajaran anak-anak setelah melihat usaha dan tanggungjawab guru yang berdedikasi.
Dr. Fariza telah meminta kami untuk membina satu blog dengan menggunakan e-Portfolio (Weebly) dan memasukkan 10 entries pembelajaran untuk perkongsian kepada murid-murid dan pengguna yang lain. Oleh itu, saya akan meneruskan penggunaan e-Portfolio sebagai sumber perkongsian dan teknik pembelajaran atas talian.