Salam Sejahtera Semua,
Pada hari ini, Cikgu Danny berkongsi beberapa soalan tentang kata ganda. Murid-murid boleh menguji kefahaman dengan menjawab 12 soalan kata ganda di bawah.
0 Comments
Salam sejahtera murid-murid,
Cikgu Danny berharap murid-murid telah mendapat sedikit ilmu tentang bahasa istana yang telah Cikgu Danny kongsi sebelum ini. Oleh itu, cikgu telah selitkan 10 soalan bahasa istana. Murid-murid boleh menjawab soalan berdasarkan link di bawah. Selamat menjawab!
Salam sejahtera semua.
Apa khabar? Di harap semua dalam keadaan sihat sejahtera. Siapa di sini suka dengan peribahasa? Cikgu Danny percaya ramai yang mengalami kesukaran untuk mempelajari peribahasa. Ini kerana kita jarang menggunakan peribahasa dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, cikgu hendak mengajak semua untuk menyanyikan lagu peribahasa. Jom, kita nyanyi! Sejak akhir-akhir, murid seringkali keliru dengan perkataan yang seakan. Oleh itu, murid-murid kerap membuat kesalahan kerana menggunakan perkataan yang tidak sesuai semasa proses membina ayat. Hari ini, Cikgu Danny akan berkongsi beberapa perkataan yang seakan serta cara penggunaannya.
Sumber: Dewan Bahasa & Pustaka Salam sejahtera murid-murid,
Hari ini Cikgu Danny akan berkongsi ejaan-ejaan yang betul berpandukan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahan rujukan ini penting semasa kita membina ayat. Diharapkan, bahan -bahan di bawah memberi manfaat kepada semua. SEJUJURNYA, berapa kerapkah murid-murid membelek kamus bahasa Melayu (BM) atau lebih tepat lagi, Kamus Dewan Bahasa? Pasti jarang-jarang sahaja bukan? Menurut Harian Metro, sikap malas membuka kamus BM menjadi punca utama mengapa sesetengah perkataan bahasa Melayu masih janggal digunakan dalam kehidupan seharian, malah seperti berbelit lidah mahu menyebutnya.
Tidak salah masyarakat mahu memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris (BI) dengan mempraktikkan penggunaannya dalam kehidupan seharian. Namun, apa yang terjadi hari ini adalah penggunaan perkataan BI telah menenggelamkan bahasa kebangsaan kita. Sejak dipaparkan di akhbar Harian Metro, senarai perkataan baharu bahasa Melayu telah meluas ditularkan di laman sosial. Walaupun kesemua perkataan itu sebenarnya sudah lama diterbitkan dalam kamus bahasa Melayu, namun penggunaannya yang kurang menyebabkan perkataan itu kelihatan seperti perkataan baharu. Malah, mungkin ada dalam kalangan masyarakat yang sememangnya tidak pernah melihat atau mendengar perkataan itu, jauh sekali mengetahui maksudnya. Perkongsian senarai perkataan itu di media sosial mendapat perhatian ramai netizen. Boleh dilihat, ramai juga yang cuba membina ayat dengan menggunakan perkataan tersebut.
Salam sejahtera semua.
Kalau sebelum ini, cikgu Danny telah berkongsi "powtoon" tentang bahasa istana, pada hari ini cikgu akan berkongsi sedutan filem "Puteri Gunung Ledang". Filem ini berkenaan Sultan Mahmud Shah (Kesultanan Melayu Melaka) yang berhajat untuk memperisterikan Puteri Gunnung Ledang. Melalui sedutan filem ini, murid-murid akan didedahkan dan mempelajari laras bahasa istana. Selamat menonton.
Salam sejahtera semua.
Hari ini kita akan mempelajari bahasa istana. Terdapat beberapa soalan tentang bahasa istana dalam kertas Bahasa Melayu Pemahaman iaitu dalam Bahagian A (tatabahasa) dan dalam Bahagian B (memberi respon). Oleh itu, cikgu akan berkongsi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan bahasa istana. Selamat menonton dan selamat belajar. |